dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas E-learning – Interland (Be Internet Awesome) & Advokasi

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Interland (Be Internet Awesome). Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan maya Interland kepada pelajar dan mengajar mereka mengenai keselamatan internet melalui permainan yang mencabar minda.

Pembelajaran dimulakan dengan pengenalan mengenai Interland iaitu permainan maya berupa pengembaraan yang membolehkan pelajar mempelajari tentang keselamatan digital dimana mereka memerangi penggodam dan pembuli cyber dengan memahami kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna digital yang baik. Pelajar diterangkan mengenai konsep permainan dimana mereka akan dibawa menjelajah 4 buah pulau terapung iaitu Kind Kingdom, Reality River, Mindful Mountain dan Tower of Treasure yang memiliki jenis permainan dan pembelajaran internet yang berbeza.

Pelajar diminta untuk bersedia sebelum membuat keputusan yang akan menentukan kiraan markah dalam setiap peringkat permainan. Markah akan ditambah sekiranya pelajar berjaya menjawab setiap soalan dengan betul manakala markah akan ditolak jika jawapannya adalah salah. Permainan ini juga turut membantu pelajar dalam mengenal pasti maklumat yang dapat atau tidak dapat dikongsi dalam media sosial.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.